Monday, January 31, 2011

No more tiger for you


Haha, hari ni first cuti sekolah tahun 2011.
Rasa cam biasa je sebab hujan lah. tak best langsung.
dan banyak 'lauk' yang cikgu tapau balik rumah suruh siapkan =,=
Alahh, korang macam tak tau je 'lauk' apa, homework lah lampi!

Kalau ada sapa sapa form 4 yang masuk sekolah aku tu,
'selamat datang' ah. muahaha XD
lepas cuti raya cino ni abih, abih lah korang.
Nantikan kemunculan saya dengan gaya yang lebih matang yang memakai seluar hitam, haha
Tambah pulak dengan rambut pendek setelah sideburn dipotong oleh sifu Add Math haritu, ishh..
Cop cop.. aku bukan Power Rangers Sekolah okeh.
Just bertugas menyambut tetamu je untuk hari tu, nanti.

Tahniah lah diucapkan kepada pelajar tingkatan 5 SASER sebab
mampu menahan nafsu kalian ketika pelajar MRSM Taiping singgah ke sekolah kita yea :)
Lagi lagi budak Kasturi yang pelajar perempuannya tido kat situ. haha
Weh weh, kalau korang nak tau.
Ni lah first time ada pelajar perempuan yang benchmark kat SASER ni tau tak?
Ni cilaka punya K-Ep, main belasah je gayung aku bagi kat budak perempuan tu
dah lah tak pulangkan balik, kot kot dia bawak balik umah, jampi gayung tu. cambangang

Tapi, dont worry lah babe. Mana ada buli buli dah sekarang
Itu sume zaman jahiliah lah.
Katakan tidak pada BULI, haha kempen jap :)
Haritu punya ceramah anti buli, gua tertido lah der..

Dan, yang paling penting skali
Kitorang tak skema mcm budak MRSM tuh.
Dorang tu sume kena pakai t-shirt collar je 24 jam
Round neck is not allowed. cambangang.
Tapi, yang bestnya MRSM ni dorang boleh bawak phone. ciss betul

Lastly, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA (bagi yang menyambut lah)
dan SELAMAT BERCUTI BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA, yay :D

Saturday, January 1, 2011

Berita tahun baru

SELAMAT TAHUN BARU !!
itulah yang banyak aku baca kat status facebook tepat pukul 12 tengah malam tadi, ada gak yg post sebelum bunga api meletup. tu kes excited gila lah kot..


Tapi, kita semua tau ke apa yang barunya pasal tahun ni?Aku pun tak tau apa yang berbezanya. Kalau pasal peningkatan bola sepak Malaysia, adalah sikit :) Ada lah sorang rakyat Malaysia ni cakap yang aku takde semangat patriotik sbb tak celebrate new year. Haha, apa kejadahnya new year dgn patriotik. Nilah dia rakyat Malaysia yang ber 'semangat' patriotik gila. Ntah ntah tarikh merdeka pun tak ingat. Jangan main main, kalau paper Sejarah tak lulus. Kau memang takleh dapat slip result SPM nanti.
Haha, padan muka kau ;P

Emm, sekolah pun dah nak bukak ni. Rasa rasanya, semua pelajar yang duduk asrama kena check-in 2hb Januari ni kot.. Tapi, aku tau.. Ada yang dah balik awal sbb cikgu suruh, nak buat camne. Redha je lah, labu.

Korang yang duduk asrama tu, jgn lak nak ber homesick homesick pulak. Dah tua bangka pun korang ni. Lagi lagi yang baru duduk asrama tu. Kang, free free je kena siku dengan member sebelah tu ha :)
Kalau korang ada simptom simptom penyakit tu, baik cepat cepat hantuk je kepala kat tiang katil.
Jangan bagi dia melarat.

Senang cerita, tak payah lah homesick homesick ni. Korang sume ni, kalau dah balik rumah bukan menghadap muka mak bapak pun. Menghadap monitor kembung belakang tu 24jam je..
Same thing goes to me lah. haha :D

Ni lagi satu kes yang tak settle settle lagi, buat kecah je
Tak baca metlo ke? Alah.. Berita yang front page dia letup letup tu lahh =.=
Nah, tengok gambar bawah ni kalau tak tau sangat. Heshh..
*




*




*

p/s; Hot tak aku? Hahaha :D