Tuesday, December 13, 2011

Ibuk ibuk, bapak bapak :)

Emm, kali ni takde apa yang penting pun nak cakap.
Just nak kasi tau je pasal education fair @ edu fair untuk remaja lepasan SPM macam kita nih
Alahh, bukannya apa. Cuma ada rasa sayang sikit je kat pelajar yang sebaya dengan aku
Itu yang nak promoted ni, bukan dapat apa pun. Nuffnang pun tak bayar tao :)


siap dah bagi map lagi :D


Education fair nih macam PC Fair lah jugak,
Yang lain nya, booth yang penuh dengan barang komputer tu ditukar dengan
booth yang penuh dengan info pasal universiti atau course yang korang suka laah.
Mana laah tau, korang minat jadi pilot ke engineer kapal ke enn?
So, korang boleh lah tanya dan dapatkan seberapa banyak
info pasal course yang korang suka tuu
Nak tanya pasal universiti yang ada course tuu, yuran dan tanya je laah apa apa ==,

Senang cerita, education fair ni pasal further studies laah :)
Maklumat lanjut, Klik sini
Nanti kalau jumpa aku, jangan buat muka ketat lak.
Nanti keluar goship kau pakai botox baru tau, haha

p/s; mati aku kalau budak SBP 94 jumpa aku, dah lah aku suka bash dorang kat fb

Monday, December 12, 2011

Hi, im the famous Messi


Kalau tiap tiap hari ini macam ah boleh mati doh
Tahap kemalasan aku dah sampai terkeluar daripada graf nih
Makin lama duduk rumah, makin bertambah rasa sakit badan
Haha, dah macam warga emas tau..

Nasib baik hari ni orang Selangor cuti
So, ayah ada laah kat rumah.
Kalau tak, aku dah merayau pegi mana mana entah =,=
Tapi, kadang kadang risau gak enn
Bukan risau kena kejar anjing ke apa
Just, mana laah tau kena kidnap ke..
Aku kat comel tahap gaban, kalah ahmoi kat salon tuu

Rasanya tu je laah post kali nih,
Haha, bangun pun pukul 4 petang terus on PC
Memang terbaik life after SPM ni :D
Please, dont this at home or you will end up like me, haha

Saturday, December 10, 2011

Ngejah sikit boh

First of all, Alhamdulillah sebab telinga kanan aku ni dah elok :)
Ingatkan pekak but google jap,
dia kata ada kena mengena dengan air pressure je..
So, buat dunno je lah.
Haha, try jap volume paling kuat kat woofer tu and telinga aku aman je dengar.
Family aku pun terkejut sebab pagi pagi lagi
band Funeral For a Friend dah perform kat bilik aku. Hehe ;p

Sekarang dah okay dan masih hidup seperti orang normal, haha
Emm, semalam dah siap submit upu. Takde lah susah mana macam orang selalu cakap.
Buat cuak je tuu. Sampai dah buat preparation macam macam dah semalam.
Pegi amazon tangkap anaconda, panjat gunung everest,
terjun kapal terbang, push up sampai tertido.
Tengok tengok, heh senang je kott ==,

Ohho, malam tadi baru balik dari mamak.
Ada orang kena kejar dengan anjing.
Aku pun bajet hero ah pegi jerit kat anjing tuu, huhu
Tengok macam dia nak tukar mangsa je.. And betul
Dia pandang aku semacam tapi aku kan hero dalam cerita nih
Tapi, pelik doh tak kejar aku pahal?
Baru nak pecahkan rekod Usain Bolt, haha

Malam tadi, jumpa balik kawan kawan time kecik dulu
Happening gila doh, semua dah besar.
Semua dah tak comel macam dulu laah, tinggal sorang je yang awet muda.
Nama budak tu Muhammad Amir bin Amran. Haha, reality what :)


WARGHH


emm, boleh bagi tau cara
macam mana nak
mengurat awak tak?


Friday, December 9, 2011

You look fine je i tengok?

Emm, helo? Tengok siapa kembali. Haha, ayat terencat habis
Dah lama tak update blog, busy lah katakan. Hehe
Tapi tapi kan, sekarang dah tak busy dah sebab exam semua dah habis.
Tenene, sekarang duduk rumah tengok movie je lah kot.

Kehidupan selepas habis sekolah memang best
Tapi, boring gila kot.
Seriously, aku rindu tido dah kelas, makan kat kantin, fly malam malam pegi mamak :)
Minggu depan better pegi cari kerja lah. Hushh, chaiyok chaiyok wong!
Tapi lagi sekali, aku malas gila babeng sekarang nih

Everyday goes the same, bangun pagi tak gosok gigi,
bukak phone update twitter, layan nujum pak belalalai sampai tertido balik
then bangun around pukul 2 petang drift drift sikit kat carbon.

Hei hei, saya rajin gak tau. Hari hari saya mandi tao.
Nanti malam saya mesti rajin berjalan pegi mamak, tengok tv besau
macam kat rumah takde tv.
Sampai tengok wallet, lalat pun dah takde dalam tu.
I was like :O camne nak lepak nih?
Then, mentol pun terus menyala and its time to find a job, maybe?
But, no KFC nor McD. Leceh kot kerja sana, i repeat LECEH.

Sunday, September 4, 2011

Hari kembali normal ;)


Alhamdulillah, kita dapat menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011 nih :)
Walaupun masa yang diberi untuk bercuti hanya laah seminggu lebih jea
Macam macam yang kita sempat buat bersama sama family dan kawan kawan
Tapi, bila dah nak habis cuti macam ni baru laah sibuk je bukan main lagi =,=
Nak buat homework laah, update mp3 laah, update blog laah. Emm, itu laah dia

Tapi, raya tahun ni boleh tahan laah daripada tahun lepas sebab
tahun lepas punya raya first habis camtu jea sebab tido punya pasal.
Tahun ni sempat laah jumpa dengan sedara mara walaupun tak semua
Tu pasal laah duit raya kurang sikit tahun ni :(
Lagipun tahun ni kan ada exam SPM, so kena ber'agak' laah sikit raya tu, ada faham?

Okeh, cerita raya pun dah habis.
Now kita story pasal sekolah balik eah? Haha :D
Most of us still tak ready lagi nak start sekolah isnin nanti kan.
Sebab utamanya ialah homework.
Homework ni dah menjadi kebiasaan ah setiap kali kita bercuti
Cikgu yang baik hati mesti laah tapau sikit homework untuk kita
Kalau takde homework tuu, mesti ada something wrong dengan teacher korang. haha ;P

Then, malam malam terakhir laah korang nak pulun habis habis buat homework
Kalau budak asrama, time prep tuu laah chance untuk korang
Tapi, aku punn dah lama tak prep dengan serius =,=
Asyik berdebat pasal benda benda nonsense jea
Tau tau jea dah habis prep, naik dorm baru laah belajar.
Style masing masing lain kott?

Benda yang paling aku tak suka kalau baru jea pulang bermalam ialah check rambut.
Check rambut ni benda yang paling gengster laah.
Aku tak suka laah gengster gengster ni. Lagi lagi dapat yang 'bias'
Asyik aku jea yang kena. Curse you lahh =..=

Dalam kepahitan mestilah ada yang manis kan?
Yang best nya zaman persekolahan ni kita dapat laah lepak dengan kawan kawan
Macam macam benda yang tak terfikir boleh kita buat.
Bila dah habis sekolah nanti, memang susah untuk kita lepak sama sama
sebab semua dah jadi ahli korperat laah katakan. haha
Nak lepak pun kena buat appointment dulu, haishh..

Rasanya tu jea laah kot post kali ni.
Sorry sangat sangat kalau merepek gila, dah mamai nih =___=

Ohh, lupa lak.. Bagi korang yang amik trial tu.
Jawab laah elok elok, kalau korang dah study.
Takde maknanya nak takut takut.
You should worry if you dont do the revision, haha :]
Selamat menjawab laah, okeh.

p/s; Selamat menjalani hari persekolah seperti biasa :)

Wednesday, August 31, 2011

31st August 2011

Ni hari kedua kita menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mesti dah banyak duit raya korang kutip kan?
Lagi lagi kalau yang main redah jea rumah orang
Sebelum ni tak penah nampak pun kat area tu
Tau tau time raya ada jea muka dia.
Bila tanya, alasan dia "saya ni sekolah jauh makcik"
Tapi, apa ada hal.. Nama pun raya :D

Emm, tengah malam tadi.
Korang ada tak dengar bunyi bunga api yang kuart gilew tu.. *eww ;P
Haha, ada lah jiran belakang rumah aku nih,
dorang pegi bakar bunga api yang macam nak celebrate new year pulak.
Fuhh, gila gempak doh :'O
Nanti aku upload lah sebab malas laa nak amik phone =,=

Malam raya pertama selalunya kitorang buat challenge mencari kedai mamak
Memang standard lah kann kedai semua tutup time raya.
But, malam raya pertama lah ada satu jea kedai yang bukak :D
Tu kedai orang kelantan, rasanya dorang tak dapat balik sana kot..
Then, tak puas lagi. KFC pulak kitorang serbu.
Tapi, ayam dorang tinggal dua ketul jea sebab time tu dah nak pukul dua.
Jalan punya jalan, singgah lah kat drive thru McD.
Time tu, punya lah lama sembang dengan abang tu sampai tak perasan
dah banyak kereta queue kat belakang ==,
Balik rumah layan movie, makan makan then tido.

p/s; korang tanak ajak aku pegi open house kea?


Monday, August 29, 2011

Setahun hanya sekali, hee :)



Orang K.L memang suka last minute shopping eah?
Lain lah macam aku, baru je habis ber'perang' di bulan Ramadhan ni.
Perang tu exam lah ngekk ;p
Lately, memang takde masa untuk diri sendiri.
Asyik sibuk study jea. konon nya lah
Dah lah trial SBP then sambung trial JPNS lak.
Serius letih gila doh ==

Tapi, alhamdulillah. Everything went back to normal
lepas trial tu sume dah habis. Completely ended :D
Kalau sebelum ni, tido pun pukul tiga pat pagi,
lepas trial habis tak tido langsung sebab dah terbiasa kott..
Selalunya kalau tak tido, lepak kat common room tengok mamat k-pop tu
joget joget dalam tv. haha
Kadang kadang, kalau boring. Buat lah sikit senam robik depan tv.
Sampai satu tahap, pinggang pun mula lah sakit.

Emm, bukan macam korang yang dengarnya trial start lepas raya ni
Haha, padan muka ;p
Ehh, good luck laa yea

Rata rata rakyat negara ni wish raya kat
facebook, twitter, sms, radio.
Ramai orang yang kurang send kat raya kann?
So, hantar lah kad raya, setahun sekali je pun.
Kita bagi posmen tak dapat raya tahun ni, haha :D

Rasanya tu jea lah post kali ni.
SELAMAT HARI RAYA tao kat sume yang membaca post ni :)
Ramai gak orang yang pakai short form macam Cikgu Kahar, eww ;p

p/s; shia, kau betul betul ke suruh aku nyanyi nih?

Thursday, August 25, 2011

Terima kasih, nepal

Terima kasih lah awak sebab jadi pendorong saya belajar
tiap tiap hari walaupun kadang kadang buat buat lupa

awak=mak & ayah
awak=cikgu
awak=kawan
awak=awak lah, sapa lagi?

Tapi, awak takde masa saya jawab paper Biology tadi.
*takde semangat langsung

p/s; sorry sangat awak semua

Sunday, July 31, 2011

Happy Ramadhan, peeps ;)



First sekali, nak ucapkan selamat berpuasa kat semua pengunjung blog ni yang beragama islam dan yang berpuasa sahaja. Hehe :)
Fyi, ni tahun yang ke-5 aku berpuasa di asrama, bajet jea lebih
Kalau sebelum ni, dekat asrama harian. Tiap tiap minggu tao kitorang balik, best gila :D
Tapi, ni dah sekolah pun kat Seremban, city of the *tuut..
Mana larat tiap tiap minggu nak balik.
Lagi lagi yang jauh kat Kelantan, Perlis tu. Amik kaw >,<

So, bagi korang yang tak penah duduk asrama tu.
Ni nak kongsi sikit pengalaman aku yang pernah puasa kat asrama ni, hee *gedik jap

Kita start dari sahur lah dulu ==,
Sahur ni yang meriahnya time mula mula puasa jea.
Yang semangat sampai puasa yang terakhir selalunya budak form 4.
*tapi aku jarang kot turun sahur time form 4 dulu..
Kalau form 5 ni, dorang semangat turun bila
lauk sahur tu ayam, daging bbq and what so ever lah
Ada gak yang sahur just makan apa yang ada jea sebab malas sangat nak turun.
*syukur sangat duk kat Kasturi, dekat doh :)
Yang best time sahur ni, budak budak form 5 semua meriah semacam jea nak kejut orang
Siap bergendang rak kasut, bawak jam loceng yang bingit gila tu sepanjang panjang aras lagi.
Dah habis berkhidmat. Dorang naik katil. Tido, tunggu subuh. haha
Selalunya kitorang mandi dulu, pastu lepas subuh tido jap
sampai pukul 7 pagi baru turun assembly
Tu pun selalunya turun lambat, kadang kadang tak turun langsung..

Dalam kelas lak, masing masing masih bertenaga untuk
bergelak ketawa dan bertepuk tepuk tangan
Belajar cam biasa. Bla bla bla..
Sampai lah kelas Biology, time tu sume dah liat mengalahkan playdoh
Masing masing dah letih gila, otak pun dah tak leh function dengan betul
Time tu lah semua masuk lab Bio dengan muka ketat cam The Rock punya spender.
Then habis kelas, sume naik dorm terbongkang atas katil. Tapi aku tak :))
Aku pegi padang pusing dalam tiga empat round, baru naik dorm. haha, dongeng jea tuh

Kalau nama pun tido petang, mesti ah bangun dah dekat dekat pukul 7 ann?
Dah siap mandi sume, pegi lah kantin tengok makcik tu jual apa.
Kitorang pun ada gak keluar pegi bazar ramadhan.
Tu pun ikut turn kelas, tapi boleh kirim kann? Apa susah.
Kalau kat rumah, start je azan maghrib. Tu macam wisel nak start sprint lah..
Tapi, kat hostel. Solat dulu, baru makan. Time azan tu makan yang ringan ringan jea dulu.
Ikut sunnah Nabi lah katakan :D
Ringan ringan pun budak budak ni bedal roti john, ayam percik lah bagai.
Belum sempat makan nasi, dah kenyang gila. Emm, tu lah dia.

Malam pulak cam biasa lah. Solat maghrib wa isyak. Then, solat tarawih.
20 rakaat tao.. Tu kalau pengetua bagi takyah prep sebulan lah =,=
Kalau dia suruh prep jugak, 8 rakaat jea lah. Nak buat camne, ececeh ;p
Lepas h
abis prep tu, kadang kadang ada gak yang makan
segala baki mak nenek yang dorang beli kat bazar tadi.
Kalau untung, dapat ah sikit kat member sebelah tu. Selalunya dapat banyak ;d

So, everyday goes the same until Ramadhan ends :)
Lastly, aku nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" dan
jangan hanya sekadar sambut jea.
Hayati dan ambil lah segala peluang untuk beramal dan beribadat kepada Nya.
*dah macam cerita Ustaz Firdaus lah pulak =,=

p/s; sorry lah kalau post kali ni mengarut sebab selalunya kalau dah panjang sangat ni,
melalut jea yang aku tulis. hehe ;p

Sunday, July 17, 2011

Congrats vs Sorry


Setiap hari ada jea yang mengganggu kita tatkala mahu
memulakan pembelajaran di dalam kelas
Masalahnya apa yang mengganggu kita tu?
Haha, mesti lah sebab tak siap homework kan.
Time cikgu pusing satu kelas baru lah menggelupur nak buat buat selak modul.
Pastu, asyik selak muka surat sama je.. Pastu kantoi, padan muka hang ;p

Akan tetapi, ada benda lain yang membuat kita runsing setiap kali teringatkan benda tu
Haha, benda yang buat korang runsing tu ialah, National Service kan, hee :)
Bukan runsing pasal apa apa pun.
Korang dah planning macam macam nak buat lepas SPM kan?
Ada yang nak amik lesen, nak melancong, nak kerja lahh =,=
Tapi, ada orang nak masuk kem pengakap sebab nak jadi pengakap raja :)
Aku tak tau apa tu pengakap raja, tapi dengar cam banyak benefit jea
Apa apa pun, mind set tu penting untuk suka atau tak suka

Betul doh, benda ni lah kita semua rasa time nak tunggu result tu kan.
Nak tunggu sama ada dari sms ataupun online.
Time tu, cikgu masuk kelas ajar bab yang senang pun boleh tak faham sebab
tak fokus dalam kelas
Tak perlu lah begitu brader, haha :D
Chill chill sudah, betul tak?

Kan kita ada belajar probability dalam Modern Mathematics kan.
So, result dia mesti whether korang 'tahniah' ataupun 'maaf'
Aku punya result 'maaf'
Korang punya apa?


Tuesday, June 28, 2011

Lamo oh lamo


Masa kita kecik kecik, sume orang nak jadi doktor, pilot, polis bila dah besar kan?
Rata rata tak de orang pun nak jadi penyangak walaupun
ramai orang macam tu kat dunia zaman sekarang ni
Tapi, aku just nak cakap yang aku tak mungkin jadi doktor bila dah besar nanti
walaupun, aku ni amik pure science waktu ni
Tu pun terpaksa sebab dah takde course lain kat sekolah ni =,=

Hari tu, kawan aku pegi tengok surgery kat hospital KPJ,
So, dia story ah sikit kat aku.
Aku rasa geli gila bila dia cakap yang doktor tu bedah lutut pesakit tu
Sumpah ngilu gila time dengar dia cerita tu.
Lebih lebih lagi, time synovial fluid tu terpancut pancut keluar dari lutut orang tu
Arghh, tak sanggup aku nak tulis panjang lebar lagi

Conclusionnya, saya tak akan jadi doktor kut bila besau nanti :)
Okeh, chow



p/s; chemist mmg takde kena mengena dengan doktor tao :O

Sunday, June 26, 2011

When we know nothing

Kali ni takde apa apa yang menarik pun nak di update
Ni pun nasib baik jea dapat update kejap sebab outing
Mesti ada yang tanya kenapa outing baru boleh update ann?
Sebab lately, server kat sekolah down.
So, internet tadak. Camtu lah gamaknya =,=

Emm, serius blank gila otak aku tak tau nak tulis pasal apa
Actually, SASER baru jea habis sukan tahunan semalam.
Aku tak masuk apa apa pun, tapi enjoy gak ah sebab tahun terakhir laa katakan.
Weh, KASTURI menang tahun ni. Muahaha, suka KB aku ann.
Gambar belum cuci lagi, hehe.. Nanti upload ah kalau ada masa :)

Sekarang ni, busy sikit ah sebab dah kena fokus kat exam kann :)
ETR pun dah kuar, sekolah target aku 8A1B.
Haa, yang B tu pun subjek yang aku pun taktau nak jawab camne
B tu subjek Biology, so kena study lebih ni. (tau pun kaw)

Orang selalu ingat kalau budak SBP, mesti exam sume straight A's ann?
Korang silap sebab kita pun pelajar biasa cam korang gak
Cuma cara belajar jea yang lain
Kalau tak caya, jom buat benchmark kat SASER, haha :D

Lagipun, sekarang scholarship JPA pun susah nak dapat
Kalau dapat pun, dorang hantar belajar local jea
Oke what? Asalkan dapat scholar, ringan sikit beban mak bapak korang :)

Rasanya, sampai sini jea post kali ni.
Tak penah aku rasa otak aku se kosong camni =,=
Dah takde benda yang aku boleh post sekarang ni
Oke, bye :)

p/s: Alhamdulillah, demam saya sudah berpindah kepada orang lain. haha :D

Sunday, June 12, 2011

Lets go to the school


Dulu dulu, mak selalu nyanyi lagu "lets go to the school" kat aku pagi pagi time nak pegi tadika
sekarang dah tua bangka, nak nyanyi jugak kea? haha

Lepas dah dua minggu aku cuti and kena balik awal untuk perkampungan ilmu
Finally, dengan rasminya cuti mid year dah habis. Cepat ann?
Memang lah, korang asyik makan, tido, facebook jea hari hari.
Camne nak manfaat cuti tu, ececeh :P
Ni pun nasib baik dapat outing, so boleh laa aku update jap kat cc.

Post kali ni pun pendek je sebab aku tengah demam ni
Nama pun belajar non stop. Memang sume energy aku all out.
Tau tau je, bangun pagi dah demam.
Nak makan nasik pun pegang sudu terketar ketar cam phone vibrate jea =,=

Lastly, enjoy ah korang punya 2nd semester ni tao :O
Tak payah lah nak homesick homesick lagi..
Tau pun dah tua, buat malu kat orang jea

Oke ah, harap harap korang enjoy hari persekolahan korang sebaik baiknya
Belajar rajin rajin, nanti kita 'fly' sama sama tao, haha

p/s; tak sabau nak pakai baju sekolah, hehe :)

Friday, May 27, 2011

Happy Mid Year Holiday

nama pun nak cuti sekolah


Rasanya time post ni ditulis, ada lagi budak yang belum cuti sekolah
Tapi, aku dah cuti awal kot sebab err.. Nama pun SBP, cuti pun lain lain ah
Tu yang result lain daripada korang tu, hehe *gurau gurau manja :P
Sekolah aku bagi cuti awal sebab ada Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP),
kalau asrama harian panggilnya Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT).
So, sekolah aku kena dikosongkan sebab jadi tuan rumah.

Emm, seperti biasa.
Memang banyak homework yang cikgu-cikgu tapau suruh bawak balik rumah.
Korang jangan lupa buat lak. Eleh, cam tak biasa je tiru tiru ni enn?
Gunakan lah laman facebook tu dengan sebaik mungkin. Hehehe :)
Masa cuti lah korang kena siapkan folio atau kerja kursus yang cikgu suruh buat tu
sebab nanti kat sekolah mana ada masa nak masuk lab semata-mata nak taip folio.
Nak kena print lagi..
Baik online fb je ann?

Hah, rata-rata yang bercuti ni baru habis exam mid year kan. So, berehat lah sepuas-puasnya
lepas habis perah otak time jawab add math hari tu.

Tapi, yang masih belum exam mid year tu. Haha, padan muka korang :P
Eh, takde ah. Studylah walaupun sikit.
Lepak library time ni pun best gak. Banyak benda kau boleh buat kat sana nanti =,=

Apa-apa pun, terima kasih lah ehh kat 2 budak ni yang buat video untuk Omega hari tu.
*kes kontroversi ni, tak leh cakap banyak-banyak
Video tu hanya untuk Omega je lah.. Mana boleh upload kasi korang tengok ;P



Sunday, May 8, 2011

Ni betui betui punya

Hari khamis ni kan exam mid-year bagi sume budak SBP.
tapi, aku tak amik pun exam hari tu sebab pegi competition kawad peringkat negeri ah.
pun tapi lagi sekali, saya sangat bersyukur lah sebab tak payah amik paper Physics.
boleh lah aku dapat soalan baik punya ah, yea Omegatron :)

Aku tanak pun spot korang tu, cuma doakan je ah kitorang menang. hehe

Sunday, April 24, 2011

Desperate ni

apa yang korang expected kalau dah lama tak keluar outing?
kalau setakat keluar jejak kaki kejap kat luar kawasan sekolah, baik tak yah =,=

1) berat badan boleh kurang 4kg
2) study lah kalau boleh ah
3) layan lagu yang sama berulang kali sampai jemu

tapi, last last.. tido lah jugak jawabnya.


Sunday, April 3, 2011

Pray but not Bieber's

12 April ni, aku akan pegi ke pertandingan kawad kaki KRS mewakili SASER.
dan aku bagitau ni pun bukannya nak korang gantikan tempat kosong kat sana nanti.
Tapi, apa yang aku harapkan adalah doa daripada korang je..

Kalau korang nak tau, ni first time aku wakil Seremban dalam competition ni tau.
Sebelum ni, aku sekolah kat K.L je pun, tak penah pun pegi jauh jauh.
Ni sume SASER punya pasal ah =,=

Oke lah, wish me luck bebeh :)

Monday, January 31, 2011

No more tiger for you


Haha, hari ni first cuti sekolah tahun 2011.
Rasa cam biasa je sebab hujan lah. tak best langsung.
dan banyak 'lauk' yang cikgu tapau balik rumah suruh siapkan =,=
Alahh, korang macam tak tau je 'lauk' apa, homework lah lampi!

Kalau ada sapa sapa form 4 yang masuk sekolah aku tu,
'selamat datang' ah. muahaha XD
lepas cuti raya cino ni abih, abih lah korang.
Nantikan kemunculan saya dengan gaya yang lebih matang yang memakai seluar hitam, haha
Tambah pulak dengan rambut pendek setelah sideburn dipotong oleh sifu Add Math haritu, ishh..
Cop cop.. aku bukan Power Rangers Sekolah okeh.
Just bertugas menyambut tetamu je untuk hari tu, nanti.

Tahniah lah diucapkan kepada pelajar tingkatan 5 SASER sebab
mampu menahan nafsu kalian ketika pelajar MRSM Taiping singgah ke sekolah kita yea :)
Lagi lagi budak Kasturi yang pelajar perempuannya tido kat situ. haha
Weh weh, kalau korang nak tau.
Ni lah first time ada pelajar perempuan yang benchmark kat SASER ni tau tak?
Ni cilaka punya K-Ep, main belasah je gayung aku bagi kat budak perempuan tu
dah lah tak pulangkan balik, kot kot dia bawak balik umah, jampi gayung tu. cambangang

Tapi, dont worry lah babe. Mana ada buli buli dah sekarang
Itu sume zaman jahiliah lah.
Katakan tidak pada BULI, haha kempen jap :)
Haritu punya ceramah anti buli, gua tertido lah der..

Dan, yang paling penting skali
Kitorang tak skema mcm budak MRSM tuh.
Dorang tu sume kena pakai t-shirt collar je 24 jam
Round neck is not allowed. cambangang.
Tapi, yang bestnya MRSM ni dorang boleh bawak phone. ciss betul

Lastly, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA (bagi yang menyambut lah)
dan SELAMAT BERCUTI BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA, yay :D

Saturday, January 1, 2011

Berita tahun baru

SELAMAT TAHUN BARU !!
itulah yang banyak aku baca kat status facebook tepat pukul 12 tengah malam tadi, ada gak yg post sebelum bunga api meletup. tu kes excited gila lah kot..


Tapi, kita semua tau ke apa yang barunya pasal tahun ni?Aku pun tak tau apa yang berbezanya. Kalau pasal peningkatan bola sepak Malaysia, adalah sikit :) Ada lah sorang rakyat Malaysia ni cakap yang aku takde semangat patriotik sbb tak celebrate new year. Haha, apa kejadahnya new year dgn patriotik. Nilah dia rakyat Malaysia yang ber 'semangat' patriotik gila. Ntah ntah tarikh merdeka pun tak ingat. Jangan main main, kalau paper Sejarah tak lulus. Kau memang takleh dapat slip result SPM nanti.
Haha, padan muka kau ;P

Emm, sekolah pun dah nak bukak ni. Rasa rasanya, semua pelajar yang duduk asrama kena check-in 2hb Januari ni kot.. Tapi, aku tau.. Ada yang dah balik awal sbb cikgu suruh, nak buat camne. Redha je lah, labu.

Korang yang duduk asrama tu, jgn lak nak ber homesick homesick pulak. Dah tua bangka pun korang ni. Lagi lagi yang baru duduk asrama tu. Kang, free free je kena siku dengan member sebelah tu ha :)
Kalau korang ada simptom simptom penyakit tu, baik cepat cepat hantuk je kepala kat tiang katil.
Jangan bagi dia melarat.

Senang cerita, tak payah lah homesick homesick ni. Korang sume ni, kalau dah balik rumah bukan menghadap muka mak bapak pun. Menghadap monitor kembung belakang tu 24jam je..
Same thing goes to me lah. haha :D

Ni lagi satu kes yang tak settle settle lagi, buat kecah je
Tak baca metlo ke? Alah.. Berita yang front page dia letup letup tu lahh =.=
Nah, tengok gambar bawah ni kalau tak tau sangat. Heshh..
*




*




*

p/s; Hot tak aku? Hahaha :D