Saturday, January 16, 2010

Finally Answered :)


First skali nak ucapkan congratulations kat sume orang yang dah dapat surat tawaran ke
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Tadi, baru je check kat laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
Kat sana diorang tulis, "
DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK BERJAYA DITAWARKAN
KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2010.
"
Ouh, dah agak dah ni.. Sebab aku memang tak apply pun SBP.
Hahaha ;D Saje je check, kot-kot ade ke.. Ceh~

Inilah sekolah yang kawan-kawan aku dapat:
1. SBPI Jempol
2. Sekolah Sains Dato' Abdul Razak
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah
4. SBP Rembau

Memang sorang je yang dapat KISAS ni, tahun lepas tak tau la berapa orang?
Yang aku tau, Alif Omar je..
Tapi, kebanyakannya dapat yang kat luar negeri la..
Ramai gak yang mintak Sains Selangor etc..
Last-last tercampak sampai ke pedalaman yang jauh dari kawasan pekan.

Takpe laa, yang penting korang dah dapat jawapan. Okay :)
Kepada yang masih menanti surat tawaran SBP, SBPI atau MRSM tu, bersabar dan teruskanlah berdoa..
Aku memang stay je kat Segambut Jaya tu..
Hahaha :D Kot-kot boleh jadi top student time SPM 2011 nanti..
Tapi, memang betul cakap Cikgu Hadijah, " Disiplin Segambut Jaya 'lebih baik' berbanding sekolah lain."

Okay la, tu je nak cakap.
Nanti, jumpa lagi budak-budak cemerlang PMR 2009 time anugerah cemerlang tau.
Assalamualaikum. :)