Emm, helo? Tengok siapa kembali. Haha, ayat terencat habis Dah lama tak update blog, busy lah katakan. Hehe Tapi tapi kan, sekarang dah tak busy dah sebab exam semua dah habis. Tenene, sekarang duduk rumah tengok movie je lah kot.
Kehidupan selepas habis sekolah memang best Tapi, boring gila kot. Seriously, aku rindu tido dah kelas, makan kat kantin, fly malam malam pegi mamak :) Minggu depan better pegi cari kerja lah. Hushh, chaiyok chaiyok wong! Tapi lagi sekali, aku malas gila babeng sekarang nih
Everyday goes the same, bangun pagi tak gosok gigi, bukak phone update twitter, layan nujum pak belalalai sampai tertido balik then bangun around pukul 2 petang drift drift sikit kat carbon.
Hei hei, saya rajin gak tau. Hari hari saya mandi tao. Nanti malam saya mesti rajin berjalan pegi mamak, tengok tv besau macam kat rumah takde tv. Sampai tengok wallet, lalat pun dah takde dalam tu. I was like :O camne nak lepak nih? Then, mentol pun terus menyala and its time to find a job, maybe? But, no KFC nor McD. Leceh kot kerja sana, i repeat LECEH.
Alhamdulillah, kita dapat menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011 nih :)
Walaupun masa yang diberi untuk bercuti hanya laah seminggu lebih jea
Macam macam yang kita sempat buat bersama sama family dan kawan kawan
Tapi, bila dah nak habis cuti macam ni baru laah sibuk je bukan main lagi =,=
Nak buat homework laah, update mp3 laah, update blog laah. Emm, itu laah dia
Tapi, raya tahun ni boleh tahan laah daripada tahun lepas sebab
tahun lepas punya raya first habis camtu jea sebab tido punya pasal.
Tahun ni sempat laah jumpa dengan sedara mara walaupun tak semua
Tu pasal laah duit raya kurang sikit tahun ni :(
Lagipun tahun ni kan ada exam SPM, so kena ber'agak' laah sikit raya tu, ada faham?
Okeh, cerita raya pun dah habis.
Now kita story pasal sekolah balik eah? Haha :D
Most of us still tak ready lagi nak start sekolah isnin nanti kan.
Sebab utamanya ialah homework.
Homework ni dah menjadi kebiasaan ah setiap kali kita bercuti
Cikgu yang baik hati mesti laah tapau sikit homework untuk kita
Kalau takde homework tuu, mesti ada something wrong dengan teacher korang. haha ;P
Then, malam malam terakhir laah korang nak pulun habis habis buat homework
Kalau budak asrama, time prep tuu laah chance untuk korang
Tapi, aku punn dah lama tak prep dengan serius =,=
Asyik berdebat pasal benda benda nonsense jea
Tau tau jea dah habis prep, naik dorm baru laah belajar.
Style masing masing lain kott?
Benda yang paling aku tak suka kalau baru jea pulang bermalam ialah check rambut.
Check rambut ni benda yang paling gengster laah.
Aku tak suka laah gengster gengster ni. Lagi lagi dapat yang 'bias'
Asyik aku jea yang kena. Curse you lahh =..=
Dalam kepahitan mestilah ada yang manis kan?
Yang best nya zaman persekolahan ni kita dapat laah lepak dengan kawan kawan
Macam macam benda yang tak terfikir boleh kita buat.
Bila dah habis sekolah nanti, memang susah untuk kita lepak sama sama
sebab semua dah jadi ahli korperat laah katakan. haha
Nak lepak pun kena buat appointment dulu, haishh..
Rasanya tu jea laah kot post kali ni.
Sorry sangat sangat kalau merepek gila, dah mamai nih =___=
Ohh, lupa lak.. Bagi korang yang amik trial tu.
Jawab laah elok elok, kalau korang dah study.
Takde maknanya nak takut takut.
You should worry if you dont do the revision, haha :]
Selamat menjawab laah, okeh.
p/s; Selamat menjalani hari persekolah seperti biasa :)
Ni hari kedua kita menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mesti dah banyak duit raya korang kutip kan?
Lagi lagi kalau yang main redah jea rumah orang
Sebelum ni tak penah nampak pun kat area tu
Tau tau time raya ada jea muka dia.
Bila tanya, alasan dia "saya ni sekolah jauh makcik"
Tapi, apa ada hal.. Nama pun raya :D
Emm, tengah malam tadi.
Korang ada tak dengar bunyi bunga api yang kuart gilew tu.. *eww ;P
Haha, ada lah jiran belakang rumah aku nih,
dorang pegi bakar bunga api yang macam nak celebrate new year pulak.
Fuhh, gila gempak doh :'O
Nanti aku upload lah sebab malas laa nak amik phone =,=
Malam raya pertama selalunya kitorang buat challenge mencari kedai mamak
Memang standard lah kann kedai semua tutup time raya.
But, malam raya pertama lah ada satu jea kedai yang bukak :D
Tu kedai orang kelantan, rasanya dorang tak dapat balik sana kot..
Then, tak puas lagi. KFC pulak kitorang serbu.
Tapi, ayam dorang tinggal dua ketul jea sebab time tu dah nak pukul dua.
Jalan punya jalan, singgah lah kat drive thru McD.
Time tu, punya lah lama sembang dengan abang tu sampai tak perasan
dah banyak kereta queue kat belakang ==,
Balik rumah layan movie, makan makan then tido.