Wednesday, August 31, 2011

31st August 2011

Ni hari kedua kita menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mesti dah banyak duit raya korang kutip kan?
Lagi lagi kalau yang main redah jea rumah orang
Sebelum ni tak penah nampak pun kat area tu
Tau tau time raya ada jea muka dia.
Bila tanya, alasan dia "saya ni sekolah jauh makcik"
Tapi, apa ada hal.. Nama pun raya :D

Emm, tengah malam tadi.
Korang ada tak dengar bunyi bunga api yang kuart gilew tu.. *eww ;P
Haha, ada lah jiran belakang rumah aku nih,
dorang pegi bakar bunga api yang macam nak celebrate new year pulak.
Fuhh, gila gempak doh :'O
Nanti aku upload lah sebab malas laa nak amik phone =,=

Malam raya pertama selalunya kitorang buat challenge mencari kedai mamak
Memang standard lah kann kedai semua tutup time raya.
But, malam raya pertama lah ada satu jea kedai yang bukak :D
Tu kedai orang kelantan, rasanya dorang tak dapat balik sana kot..
Then, tak puas lagi. KFC pulak kitorang serbu.
Tapi, ayam dorang tinggal dua ketul jea sebab time tu dah nak pukul dua.
Jalan punya jalan, singgah lah kat drive thru McD.
Time tu, punya lah lama sembang dengan abang tu sampai tak perasan
dah banyak kereta queue kat belakang ==,
Balik rumah layan movie, makan makan then tido.

p/s; korang tanak ajak aku pegi open house kea?


Monday, August 29, 2011

Setahun hanya sekali, hee :)



Orang K.L memang suka last minute shopping eah?
Lain lah macam aku, baru je habis ber'perang' di bulan Ramadhan ni.
Perang tu exam lah ngekk ;p
Lately, memang takde masa untuk diri sendiri.
Asyik sibuk study jea. konon nya lah
Dah lah trial SBP then sambung trial JPNS lak.
Serius letih gila doh ==

Tapi, alhamdulillah. Everything went back to normal
lepas trial tu sume dah habis. Completely ended :D
Kalau sebelum ni, tido pun pukul tiga pat pagi,
lepas trial habis tak tido langsung sebab dah terbiasa kott..
Selalunya kalau tak tido, lepak kat common room tengok mamat k-pop tu
joget joget dalam tv. haha
Kadang kadang, kalau boring. Buat lah sikit senam robik depan tv.
Sampai satu tahap, pinggang pun mula lah sakit.

Emm, bukan macam korang yang dengarnya trial start lepas raya ni
Haha, padan muka ;p
Ehh, good luck laa yea

Rata rata rakyat negara ni wish raya kat
facebook, twitter, sms, radio.
Ramai orang yang kurang send kat raya kann?
So, hantar lah kad raya, setahun sekali je pun.
Kita bagi posmen tak dapat raya tahun ni, haha :D

Rasanya tu jea lah post kali ni.
SELAMAT HARI RAYA tao kat sume yang membaca post ni :)
Ramai gak orang yang pakai short form macam Cikgu Kahar, eww ;p

p/s; shia, kau betul betul ke suruh aku nyanyi nih?

Thursday, August 25, 2011

Terima kasih, nepal

Terima kasih lah awak sebab jadi pendorong saya belajar
tiap tiap hari walaupun kadang kadang buat buat lupa

awak=mak & ayah
awak=cikgu
awak=kawan
awak=awak lah, sapa lagi?

Tapi, awak takde masa saya jawab paper Biology tadi.
*takde semangat langsung

p/s; sorry sangat awak semua

Sunday, July 31, 2011

Happy Ramadhan, peeps ;)



First sekali, nak ucapkan selamat berpuasa kat semua pengunjung blog ni yang beragama islam dan yang berpuasa sahaja. Hehe :)
Fyi, ni tahun yang ke-5 aku berpuasa di asrama, bajet jea lebih
Kalau sebelum ni, dekat asrama harian. Tiap tiap minggu tao kitorang balik, best gila :D
Tapi, ni dah sekolah pun kat Seremban, city of the *tuut..
Mana larat tiap tiap minggu nak balik.
Lagi lagi yang jauh kat Kelantan, Perlis tu. Amik kaw >,<

So, bagi korang yang tak penah duduk asrama tu.
Ni nak kongsi sikit pengalaman aku yang pernah puasa kat asrama ni, hee *gedik jap

Kita start dari sahur lah dulu ==,
Sahur ni yang meriahnya time mula mula puasa jea.
Yang semangat sampai puasa yang terakhir selalunya budak form 4.
*tapi aku jarang kot turun sahur time form 4 dulu..
Kalau form 5 ni, dorang semangat turun bila
lauk sahur tu ayam, daging bbq and what so ever lah
Ada gak yang sahur just makan apa yang ada jea sebab malas sangat nak turun.
*syukur sangat duk kat Kasturi, dekat doh :)
Yang best time sahur ni, budak budak form 5 semua meriah semacam jea nak kejut orang
Siap bergendang rak kasut, bawak jam loceng yang bingit gila tu sepanjang panjang aras lagi.
Dah habis berkhidmat. Dorang naik katil. Tido, tunggu subuh. haha
Selalunya kitorang mandi dulu, pastu lepas subuh tido jap
sampai pukul 7 pagi baru turun assembly
Tu pun selalunya turun lambat, kadang kadang tak turun langsung..

Dalam kelas lak, masing masing masih bertenaga untuk
bergelak ketawa dan bertepuk tepuk tangan
Belajar cam biasa. Bla bla bla..
Sampai lah kelas Biology, time tu sume dah liat mengalahkan playdoh
Masing masing dah letih gila, otak pun dah tak leh function dengan betul
Time tu lah semua masuk lab Bio dengan muka ketat cam The Rock punya spender.
Then habis kelas, sume naik dorm terbongkang atas katil. Tapi aku tak :))
Aku pegi padang pusing dalam tiga empat round, baru naik dorm. haha, dongeng jea tuh

Kalau nama pun tido petang, mesti ah bangun dah dekat dekat pukul 7 ann?
Dah siap mandi sume, pegi lah kantin tengok makcik tu jual apa.
Kitorang pun ada gak keluar pegi bazar ramadhan.
Tu pun ikut turn kelas, tapi boleh kirim kann? Apa susah.
Kalau kat rumah, start je azan maghrib. Tu macam wisel nak start sprint lah..
Tapi, kat hostel. Solat dulu, baru makan. Time azan tu makan yang ringan ringan jea dulu.
Ikut sunnah Nabi lah katakan :D
Ringan ringan pun budak budak ni bedal roti john, ayam percik lah bagai.
Belum sempat makan nasi, dah kenyang gila. Emm, tu lah dia.

Malam pulak cam biasa lah. Solat maghrib wa isyak. Then, solat tarawih.
20 rakaat tao.. Tu kalau pengetua bagi takyah prep sebulan lah =,=
Kalau dia suruh prep jugak, 8 rakaat jea lah. Nak buat camne, ececeh ;p
Lepas h
abis prep tu, kadang kadang ada gak yang makan
segala baki mak nenek yang dorang beli kat bazar tadi.
Kalau untung, dapat ah sikit kat member sebelah tu. Selalunya dapat banyak ;d

So, everyday goes the same until Ramadhan ends :)
Lastly, aku nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" dan
jangan hanya sekadar sambut jea.
Hayati dan ambil lah segala peluang untuk beramal dan beribadat kepada Nya.
*dah macam cerita Ustaz Firdaus lah pulak =,=

p/s; sorry lah kalau post kali ni mengarut sebab selalunya kalau dah panjang sangat ni,
melalut jea yang aku tulis. hehe ;p