Thursday, March 18, 2010

If I Were A Foreigner

Bila boring gila duduk rumah asyik menghadap facebook je..
So, keluar laa jap, pegi Pertama Kompleks dengan Arib and Azim Rahim
sebab Azim ni nak beli phone baru..

Sampai-sampai je dah tengok ada laa orang tua bangka ni
terlentang kat depan Pertama tu,
Ish... nasib baik hari ni aku bukan bergelar foreigner, kalau tak..
aku dah kutuk-kutuk dah Malaysia ni..
Ada Pak Guard pun suma cakap je lebih,
angkat je laa pegi kat parking lot tu, hayun je dia reramai.
Hahaha :D

Selalunya benda-benda macam ni la yang buat aku malas nak
lalu kat kawasan Chow Kit yang menjadi destinasi kaum hawa
untuk membeli kain untuk dibuat langsir, baju raya, or whatever..

Bila tengok balik, cam orang kena langgar dengan
jenkaut pasir pun ada gak :)


Pak cik yang bergelar 'semi-bouncer' ni
pun cakap je banyak, keje tak jalan gak..


Monday, March 15, 2010

New Ice Box

Watak utama Assassin Creed, Giovanni.

Aku baru tau yang Assassins Creed ada keluar movie,
dah laa kuar tahun lepas..
Ish ish ish... (Kolot gile..)
Tapi, movie tu macam tak de penghujung, cam tergantung la ngek..
Overall, aku bole bagi 3/5 je la..
Tak yah lebih lebih, nanti perasan bagus lak. ;P

Oh.. Suka kau Ain, Manchester menang semalam.
Aku tengah sedap-sedap duk kat mamak pun terpaksa masuk dalam sebab hujan.
Cis, tak penah-penah KL hujan, tetiba lak hujan..
Kacau je mood aku nak tengok M.U kalah teruk.
(Emm. Ye laa tu, hujan rahmat..)

Sejak aku balik bercuti semester break ni,
jadi jakun aku jap dengan Facebook tu and Blogger ni hampir terbengkalai la jugak..
Huhuhu :)

Ingatkan nak post pasal asrama,
tak payah laa, nanti orang cakap aku membeza-bezakan lak..
isolation.. thats not good for me..

Tapi serius, memang berbeza..
Pagi pagi dah tak payah dengar bunyi hailer sumbang, bangun bangun bangun...
Sume warden pun relax je..
(kalau sekali dah mengamuk, suma dia hayun)

Hari tu, aku pegi Carrefour W. Maju sbb nak cari test pad buat add math,
cari punya cari, sume mahal gila..
Bukan nak cakap aku ni dah papa kedana sampai tak mampu beli,
cuma tak berbaloi je 30 helai sampai RM5 above..
ada ke patut, mahal sebab gambar Mickey Mouse kat depan tu je..

So, tengah usha-usha test pad kat sana,
ternampak lak test pad gambar Mawi..
Hahaha :D Dah tak laku sangat ke sampai jadi duta test pad lak ni?
Dah laa yang paling murah lak tu..
Tapi, jangan harap aku nak beli walaupun kau bagi percuma lagi seguni kat aku..

Inilah test pad Mawi yang hangat diperkatakan tu :)

Saturday, January 16, 2010

Finally Answered :)


First skali nak ucapkan congratulations kat sume orang yang dah dapat surat tawaran ke
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Tadi, baru je check kat laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
Kat sana diorang tulis, "
DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK BERJAYA DITAWARKAN
KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2010.
"
Ouh, dah agak dah ni.. Sebab aku memang tak apply pun SBP.
Hahaha ;D Saje je check, kot-kot ade ke.. Ceh~

Inilah sekolah yang kawan-kawan aku dapat:
1. SBPI Jempol
2. Sekolah Sains Dato' Abdul Razak
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah
4. SBP Rembau

Memang sorang je yang dapat KISAS ni, tahun lepas tak tau la berapa orang?
Yang aku tau, Alif Omar je..
Tapi, kebanyakannya dapat yang kat luar negeri la..
Ramai gak yang mintak Sains Selangor etc..
Last-last tercampak sampai ke pedalaman yang jauh dari kawasan pekan.

Takpe laa, yang penting korang dah dapat jawapan. Okay :)
Kepada yang masih menanti surat tawaran SBP, SBPI atau MRSM tu, bersabar dan teruskanlah berdoa..
Aku memang stay je kat Segambut Jaya tu..
Hahaha :D Kot-kot boleh jadi top student time SPM 2011 nanti..
Tapi, memang betul cakap Cikgu Hadijah, " Disiplin Segambut Jaya 'lebih baik' berbanding sekolah lain."

Okay la, tu je nak cakap.
Nanti, jumpa lagi budak-budak cemerlang PMR 2009 time anugerah cemerlang tau.
Assalamualaikum. :)

Saturday, January 2, 2010

Awful Morning!

yeah! 2009 sudah berlalu.
aku ingatkan cuti akhir tahun ni, bole la aku tido dgn aman
tapi, sama je cam kat asrama
masih dengar suara-suara sumbang yang memanggil nama aku
"Meng.. Apit.. Meng.. Apit.."
itu la dia, Cik Awe
.
tak boring-boring menyebut benda yang sama berulang kali..


pagi ni, aku ingat baru je nak tido lepas kalah main game crash team racing
kedengaran Cik Awe memanggil lagi skali
"Meng.. Apit.. Meng.. Apit..."
namun, aku masih buat tak tau dan terus ke adegan tertido aku.
hahaha ;D menjadi kot..
lalu sang beruang kutub yang masih terjaga terus mengalah..


sampai je kat Ampang Puteri,
pergi la cari Dr.Syed Al Gourcuff
hehehe ;) sebelum tu, pikir ayat dulu (konon nak speaking la ni)
last-last gune lirik lagu Adam Lambert je..
"Hey, slow it down"
"What do u want from me?"
asyik ayat tu je yang ada dlm otak aku buat masa tu..


then, pegi la menapak jap kat Ampang Point.
fuhh.. jadi jakun sekejap aku kat sana
hahaha ;D sumpah macam bodoh.


pusing-pusing satu mall,
takde pape pun yang best.
opss.. lupa lak, ni mmg best bagi aku.
time tgh jejalan kat situ.
berhenti kat satu stall jual baju ni..
mcm mane mata aku bole meluru kat jersi Chelsea ni..
belang-belang tu kaler dia..
kelakar betul time tu
(kalau aku snap picture tadi, mmg kene bahan la fan chelsea)


so, aku ucapkan Happy New Year 2010 kat sume org yg membaca.
haha ;) makin lama, makin tak berkualiti tulisan aku ni.
(kene banyak belajar dengan Samad Said la ni)





2010 New Year Celebration at KLCC