Sunday, December 27, 2009

Si Kangkang!


Adie text,suruh bukak starsports
ada game best,
memang la game best.
Tottenham main.
tapi, da nak dekat full time pun..
nasib baik tak kalah.
kalau kalah, siap laa kau Adie.

memang tak boleh dinafikan lagi,
Fulham main memang cantik!
dengan M.U boleh la kau menang, Fulham busuk!
(Ain, klw kau baca ni.."mana pegi Michael Owen kau?")

2 minggu lepas..
aku main PES 2010 kat laptop Abg. Afiq
fight dgn dia
aku pakai North East London a.k.a Tottenham laa..
dia pilih Real Madrid sebab ada si kangkang je, C.R..
then, aku tgk speed Lennon, 92%, lagi laju drpd C.R, 91%..
aku kena bahan kaw-kaw sebab dorang cakap aku edit player tu.
siot je.. =,=
*kpd sesapa yang main PES 2010, try laa check speed Lennon dgn C.R


Thursday, December 24, 2009

As Usually..

mungkin yang dapat 9A tu tengah happy kat rumah.
hahaha..
tengok macam kawan aku, Azim.
happy gila sebab apa yang dia nak dah tercapai.
walaupun hanya 8A 1D.
dia happy gila sebab tak payah nak stay kat Segambut tu sampai ke tua.
takpe laa, at least mak dia tau masalah yg ada kat sana..
hahaha..

aku harap dapat laa keluar dari Segambut as soon as possible.
tu memang harapan aku dari awal tahun lagi..
nak buat camne, terkubur je laa kat loji dpn sekolah tu jawabnya..
hahaha..

jangan ingat aku ni gelak memain la..
ni gelak orang tua ni..(serius)
heheh:D

congrats eh kat sume org..
tak kira laa dpt berapa pun sebab ramai kawan aku yang dapat ciput je..
aku happy gak laa sebab kitorang dapat study sesama walaupun last minute bak kata org.
siap buat role model lagi..
role model pun bukan org bagus2..
ada masalah gak..
tapi dia pun bole berjaya.
apatah lagi kita?
hahaha;D

so, renung-renungkan laa..
tadi Azim cakap kat aku,
"kau nak ke naik KTM lembab ni lagi 2 tahun?"
so, aku pikir banyak kali nk stay sana..
tambah lak dengan budak luar lagi..
budak luar ni bukannya macam kat tempat lain..
ni Segambut laa, menggelabah banyak, bukannya sikit.

kalau kau dewa.
kau stay la..


Wednesday, December 23, 2009

Woulda? Coulda? Shoulda?


tadi baru je tengok movie Zombieland.
jalan cerita tak lah best sangat,
just seronok je sebab dah takde orang lain kat Amerika tu..
nak masuk kedai amik Twinkies banyak-banyak pun bole..
tapi, yang paling best time amik Hummer Kuning yang macam dalam movie Transformers tu..
baru la caya!

balik rumah je,
on Myspace,
tanya Ain dia dah tengok ke blum..
dia cakap takde duit so tak tengok lagi.
(ye ye je dia tu.. padahal tak cukup tinggi utk meyakinkan cashier kt tgv tu)
hahaha :D

ohh... esok result PMR da kuar..
orang tanya target berapa?
target aku nak kuar dari Segambut tu je..

Sunday, November 29, 2009

No More Cows

Selamat Hari Raya Aidil-Adha
First sekali, Ameng nak mintak maaf kat sume orang.
*weh,kalau kau daa baca post aku ni, surrender jea lahh..

Secondly, tahun ni ada gak laa yang menarik pada hari raya
walaupun hanya Sambutan Hari Raya Aidil-Adha.
Sebab raya kat Old Town iaitu Ipoh.

Kitorang gerak dari rumah Hari Khamis iaitu 1 hari sebelum
Hari Raya Aidil-Adha.
Sampai sana je daa pukul 6 petang.
Lepak-lepak sampai malam.

Hoohoohoo..
Kitorang ni Batman, malam baru hidup.
First day ade kat sana, pergi makan char kuey teow
kat Menara Ariffin?
Then, balik rumah layan HBO sampai 3 a.m


*Friday, 9.32 a.m

Siapkan tempat bakar sate,
Bubuh arang & belajar sikit pasal arang.

info: Arang kayu hanya boleh digunakan sekali sahaja, manakala
Arang Batu boleh digunakan banyak kali.
Arang Batu akan bertambah panas jika disiram dengan air, manakala
Arang Kayu akan bertambah panas jika ditiupkan angin.

... Skip, skip, skip..
Masak laa kesemua sate tadi.

Okay puan-puan, begitu laa cara-cara membuat sate dan memasaknya.
Program ini ditaja 100% oleh minyak masak Cap Kura Kembar Lembu.

*Saturday, 2.30 p.m

Petang ni kita pergi Bota,
makan buah sebagai makan tengah hari
*Weird, huh?
Habis badanku digigit nyamuk time nak kutip buah,
Ayah cakap "Nyamuk kampung tak bahaya sangat, cuma bawak penyakit Chikunguya jea"
Sempat lagi nak buat lawak time tengah perang dengan nyamuk ni..

*Saturday, 5.30 p.m

Then, pergi Lumut,
Just windows shopping jea.
Tu pun sebab nak dinner kat sana jea..

*Picture time, Hooray :D




On The Way to Perak


Ariffin's Tower


Prep for the Satay


What the Rock is Cooking?


Hidden Village


Bananas in Pyjamas


Bandar Tentera Laut Diraja Malaysia


Lumut