Thursday, May 27, 2010

Selamat Hari Guru!






First of all, aku ucapkan Selamat Hari Guru kat semua cikgu yang pernah ajar aku.
dear Cikgu, walaupun saya sayang sangat kat cikgu, saya terpaksa pindah sekolah sebab saya tak suka kat sorang cikgu tu. Hahaha ;D

Semalam sekolah aku sambut Hari Guru.
Form 5 punye event la ni..

So, ape yang aku boleh comment mmg agak menyakitkan hati la..
Orang melayu memang sinonim dgn peribahasa 'mmg pahit utk ditelan tapi, pedih utk diluahkan.'
Oleh sebab aku mmg tak suka makan ubat yang mmg pahit, so, aku luahkan je..

Event tu mmg cam mmg dah terpesong gile ba*i aku ckp eh.
Buat gimik yang tak de kena mengena dgn event sebenar yang melambangkan ni skolah cam haprak je yang duduk.

Form 4 hari ni mmg jadi cam kuli batak je.
Walaupun aku suka tgk kawan aku angkat sepanduk 'Selamat Hari Guru'
Yang lain-lain pulak kene tunduk time cikgu datang naik kereta sampai tersagat kat side mirror dorang.

Kesimpulannya, sambutan Hari Guru yang telah diadakan telah bertukar menjadi sambutan Hari Tingkatan 5 kerana pada hari tersebut tingkatan 4 telah dijadikan sebgai kuli yang hanya berfungsi sebagai tukang angkat kerusi, meja dan tukang tengok je..

Sambutan Hari Guru sepatutnya disambut bersama-sama walaupun aku tau tahun ni last bagi dorang.
Cikgu bukannya ajar form 5 sorang je.. Betul tak??

Monday, May 17, 2010

Exam makes perfect !


ahaha :D aku ingatkan hari ni exam bm mudah sangat.
hancur berkecai kuku jari telunjuk aku lepas 'mengarang' 500 lebih patah perkataan.
overall, aku cukup puas hati dengan apa yang aku buat tadi. hahaha ;P

malam tadi prep malam yang paling 'mantop' laa.
prep dgn orang tersayang kann..
kalau kau tahu, senyap-senyap sudeh ;P

out.

Thursday, March 18, 2010

If I Were A Foreigner

Bila boring gila duduk rumah asyik menghadap facebook je..
So, keluar laa jap, pegi Pertama Kompleks dengan Arib and Azim Rahim
sebab Azim ni nak beli phone baru..

Sampai-sampai je dah tengok ada laa orang tua bangka ni
terlentang kat depan Pertama tu,
Ish... nasib baik hari ni aku bukan bergelar foreigner, kalau tak..
aku dah kutuk-kutuk dah Malaysia ni..
Ada Pak Guard pun suma cakap je lebih,
angkat je laa pegi kat parking lot tu, hayun je dia reramai.
Hahaha :D

Selalunya benda-benda macam ni la yang buat aku malas nak
lalu kat kawasan Chow Kit yang menjadi destinasi kaum hawa
untuk membeli kain untuk dibuat langsir, baju raya, or whatever..

Bila tengok balik, cam orang kena langgar dengan
jenkaut pasir pun ada gak :)


Pak cik yang bergelar 'semi-bouncer' ni
pun cakap je banyak, keje tak jalan gak..


Monday, March 15, 2010

New Ice Box

Watak utama Assassin Creed, Giovanni.

Aku baru tau yang Assassins Creed ada keluar movie,
dah laa kuar tahun lepas..
Ish ish ish... (Kolot gile..)
Tapi, movie tu macam tak de penghujung, cam tergantung la ngek..
Overall, aku bole bagi 3/5 je la..
Tak yah lebih lebih, nanti perasan bagus lak. ;P

Oh.. Suka kau Ain, Manchester menang semalam.
Aku tengah sedap-sedap duk kat mamak pun terpaksa masuk dalam sebab hujan.
Cis, tak penah-penah KL hujan, tetiba lak hujan..
Kacau je mood aku nak tengok M.U kalah teruk.
(Emm. Ye laa tu, hujan rahmat..)

Sejak aku balik bercuti semester break ni,
jadi jakun aku jap dengan Facebook tu and Blogger ni hampir terbengkalai la jugak..
Huhuhu :)

Ingatkan nak post pasal asrama,
tak payah laa, nanti orang cakap aku membeza-bezakan lak..
isolation.. thats not good for me..

Tapi serius, memang berbeza..
Pagi pagi dah tak payah dengar bunyi hailer sumbang, bangun bangun bangun...
Sume warden pun relax je..
(kalau sekali dah mengamuk, suma dia hayun)

Hari tu, aku pegi Carrefour W. Maju sbb nak cari test pad buat add math,
cari punya cari, sume mahal gila..
Bukan nak cakap aku ni dah papa kedana sampai tak mampu beli,
cuma tak berbaloi je 30 helai sampai RM5 above..
ada ke patut, mahal sebab gambar Mickey Mouse kat depan tu je..

So, tengah usha-usha test pad kat sana,
ternampak lak test pad gambar Mawi..
Hahaha :D Dah tak laku sangat ke sampai jadi duta test pad lak ni?
Dah laa yang paling murah lak tu..
Tapi, jangan harap aku nak beli walaupun kau bagi percuma lagi seguni kat aku..

Inilah test pad Mawi yang hangat diperkatakan tu :)