Sunday, July 31, 2011

Happy Ramadhan, peeps ;)



First sekali, nak ucapkan selamat berpuasa kat semua pengunjung blog ni yang beragama islam dan yang berpuasa sahaja. Hehe :)
Fyi, ni tahun yang ke-5 aku berpuasa di asrama, bajet jea lebih
Kalau sebelum ni, dekat asrama harian. Tiap tiap minggu tao kitorang balik, best gila :D
Tapi, ni dah sekolah pun kat Seremban, city of the *tuut..
Mana larat tiap tiap minggu nak balik.
Lagi lagi yang jauh kat Kelantan, Perlis tu. Amik kaw >,<

So, bagi korang yang tak penah duduk asrama tu.
Ni nak kongsi sikit pengalaman aku yang pernah puasa kat asrama ni, hee *gedik jap

Kita start dari sahur lah dulu ==,
Sahur ni yang meriahnya time mula mula puasa jea.
Yang semangat sampai puasa yang terakhir selalunya budak form 4.
*tapi aku jarang kot turun sahur time form 4 dulu..
Kalau form 5 ni, dorang semangat turun bila
lauk sahur tu ayam, daging bbq and what so ever lah
Ada gak yang sahur just makan apa yang ada jea sebab malas sangat nak turun.
*syukur sangat duk kat Kasturi, dekat doh :)
Yang best time sahur ni, budak budak form 5 semua meriah semacam jea nak kejut orang
Siap bergendang rak kasut, bawak jam loceng yang bingit gila tu sepanjang panjang aras lagi.
Dah habis berkhidmat. Dorang naik katil. Tido, tunggu subuh. haha
Selalunya kitorang mandi dulu, pastu lepas subuh tido jap
sampai pukul 7 pagi baru turun assembly
Tu pun selalunya turun lambat, kadang kadang tak turun langsung..

Dalam kelas lak, masing masing masih bertenaga untuk
bergelak ketawa dan bertepuk tepuk tangan
Belajar cam biasa. Bla bla bla..
Sampai lah kelas Biology, time tu sume dah liat mengalahkan playdoh
Masing masing dah letih gila, otak pun dah tak leh function dengan betul
Time tu lah semua masuk lab Bio dengan muka ketat cam The Rock punya spender.
Then habis kelas, sume naik dorm terbongkang atas katil. Tapi aku tak :))
Aku pegi padang pusing dalam tiga empat round, baru naik dorm. haha, dongeng jea tuh

Kalau nama pun tido petang, mesti ah bangun dah dekat dekat pukul 7 ann?
Dah siap mandi sume, pegi lah kantin tengok makcik tu jual apa.
Kitorang pun ada gak keluar pegi bazar ramadhan.
Tu pun ikut turn kelas, tapi boleh kirim kann? Apa susah.
Kalau kat rumah, start je azan maghrib. Tu macam wisel nak start sprint lah..
Tapi, kat hostel. Solat dulu, baru makan. Time azan tu makan yang ringan ringan jea dulu.
Ikut sunnah Nabi lah katakan :D
Ringan ringan pun budak budak ni bedal roti john, ayam percik lah bagai.
Belum sempat makan nasi, dah kenyang gila. Emm, tu lah dia.

Malam pulak cam biasa lah. Solat maghrib wa isyak. Then, solat tarawih.
20 rakaat tao.. Tu kalau pengetua bagi takyah prep sebulan lah =,=
Kalau dia suruh prep jugak, 8 rakaat jea lah. Nak buat camne, ececeh ;p
Lepas h
abis prep tu, kadang kadang ada gak yang makan
segala baki mak nenek yang dorang beli kat bazar tadi.
Kalau untung, dapat ah sikit kat member sebelah tu. Selalunya dapat banyak ;d

So, everyday goes the same until Ramadhan ends :)
Lastly, aku nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" dan
jangan hanya sekadar sambut jea.
Hayati dan ambil lah segala peluang untuk beramal dan beribadat kepada Nya.
*dah macam cerita Ustaz Firdaus lah pulak =,=

p/s; sorry lah kalau post kali ni mengarut sebab selalunya kalau dah panjang sangat ni,
melalut jea yang aku tulis. hehe ;p

Sunday, July 17, 2011

Congrats vs Sorry


Setiap hari ada jea yang mengganggu kita tatkala mahu
memulakan pembelajaran di dalam kelas
Masalahnya apa yang mengganggu kita tu?
Haha, mesti lah sebab tak siap homework kan.
Time cikgu pusing satu kelas baru lah menggelupur nak buat buat selak modul.
Pastu, asyik selak muka surat sama je.. Pastu kantoi, padan muka hang ;p

Akan tetapi, ada benda lain yang membuat kita runsing setiap kali teringatkan benda tu
Haha, benda yang buat korang runsing tu ialah, National Service kan, hee :)
Bukan runsing pasal apa apa pun.
Korang dah planning macam macam nak buat lepas SPM kan?
Ada yang nak amik lesen, nak melancong, nak kerja lahh =,=
Tapi, ada orang nak masuk kem pengakap sebab nak jadi pengakap raja :)
Aku tak tau apa tu pengakap raja, tapi dengar cam banyak benefit jea
Apa apa pun, mind set tu penting untuk suka atau tak suka

Betul doh, benda ni lah kita semua rasa time nak tunggu result tu kan.
Nak tunggu sama ada dari sms ataupun online.
Time tu, cikgu masuk kelas ajar bab yang senang pun boleh tak faham sebab
tak fokus dalam kelas
Tak perlu lah begitu brader, haha :D
Chill chill sudah, betul tak?

Kan kita ada belajar probability dalam Modern Mathematics kan.
So, result dia mesti whether korang 'tahniah' ataupun 'maaf'
Aku punya result 'maaf'
Korang punya apa?


Tuesday, June 28, 2011

Lamo oh lamo


Masa kita kecik kecik, sume orang nak jadi doktor, pilot, polis bila dah besar kan?
Rata rata tak de orang pun nak jadi penyangak walaupun
ramai orang macam tu kat dunia zaman sekarang ni
Tapi, aku just nak cakap yang aku tak mungkin jadi doktor bila dah besar nanti
walaupun, aku ni amik pure science waktu ni
Tu pun terpaksa sebab dah takde course lain kat sekolah ni =,=

Hari tu, kawan aku pegi tengok surgery kat hospital KPJ,
So, dia story ah sikit kat aku.
Aku rasa geli gila bila dia cakap yang doktor tu bedah lutut pesakit tu
Sumpah ngilu gila time dengar dia cerita tu.
Lebih lebih lagi, time synovial fluid tu terpancut pancut keluar dari lutut orang tu
Arghh, tak sanggup aku nak tulis panjang lebar lagi

Conclusionnya, saya tak akan jadi doktor kut bila besau nanti :)
Okeh, chow



p/s; chemist mmg takde kena mengena dengan doktor tao :O

Sunday, June 26, 2011

When we know nothing

Kali ni takde apa apa yang menarik pun nak di update
Ni pun nasib baik jea dapat update kejap sebab outing
Mesti ada yang tanya kenapa outing baru boleh update ann?
Sebab lately, server kat sekolah down.
So, internet tadak. Camtu lah gamaknya =,=

Emm, serius blank gila otak aku tak tau nak tulis pasal apa
Actually, SASER baru jea habis sukan tahunan semalam.
Aku tak masuk apa apa pun, tapi enjoy gak ah sebab tahun terakhir laa katakan.
Weh, KASTURI menang tahun ni. Muahaha, suka KB aku ann.
Gambar belum cuci lagi, hehe.. Nanti upload ah kalau ada masa :)

Sekarang ni, busy sikit ah sebab dah kena fokus kat exam kann :)
ETR pun dah kuar, sekolah target aku 8A1B.
Haa, yang B tu pun subjek yang aku pun taktau nak jawab camne
B tu subjek Biology, so kena study lebih ni. (tau pun kaw)

Orang selalu ingat kalau budak SBP, mesti exam sume straight A's ann?
Korang silap sebab kita pun pelajar biasa cam korang gak
Cuma cara belajar jea yang lain
Kalau tak caya, jom buat benchmark kat SASER, haha :D

Lagipun, sekarang scholarship JPA pun susah nak dapat
Kalau dapat pun, dorang hantar belajar local jea
Oke what? Asalkan dapat scholar, ringan sikit beban mak bapak korang :)

Rasanya, sampai sini jea post kali ni.
Tak penah aku rasa otak aku se kosong camni =,=
Dah takde benda yang aku boleh post sekarang ni
Oke, bye :)

p/s: Alhamdulillah, demam saya sudah berpindah kepada orang lain. haha :D