Saturday, January 1, 2011

Berita tahun baru

SELAMAT TAHUN BARU !!
itulah yang banyak aku baca kat status facebook tepat pukul 12 tengah malam tadi, ada gak yg post sebelum bunga api meletup. tu kes excited gila lah kot..


Tapi, kita semua tau ke apa yang barunya pasal tahun ni?Aku pun tak tau apa yang berbezanya. Kalau pasal peningkatan bola sepak Malaysia, adalah sikit :) Ada lah sorang rakyat Malaysia ni cakap yang aku takde semangat patriotik sbb tak celebrate new year. Haha, apa kejadahnya new year dgn patriotik. Nilah dia rakyat Malaysia yang ber 'semangat' patriotik gila. Ntah ntah tarikh merdeka pun tak ingat. Jangan main main, kalau paper Sejarah tak lulus. Kau memang takleh dapat slip result SPM nanti.
Haha, padan muka kau ;P

Emm, sekolah pun dah nak bukak ni. Rasa rasanya, semua pelajar yang duduk asrama kena check-in 2hb Januari ni kot.. Tapi, aku tau.. Ada yang dah balik awal sbb cikgu suruh, nak buat camne. Redha je lah, labu.

Korang yang duduk asrama tu, jgn lak nak ber homesick homesick pulak. Dah tua bangka pun korang ni. Lagi lagi yang baru duduk asrama tu. Kang, free free je kena siku dengan member sebelah tu ha :)
Kalau korang ada simptom simptom penyakit tu, baik cepat cepat hantuk je kepala kat tiang katil.
Jangan bagi dia melarat.

Senang cerita, tak payah lah homesick homesick ni. Korang sume ni, kalau dah balik rumah bukan menghadap muka mak bapak pun. Menghadap monitor kembung belakang tu 24jam je..
Same thing goes to me lah. haha :D

Ni lagi satu kes yang tak settle settle lagi, buat kecah je
Tak baca metlo ke? Alah.. Berita yang front page dia letup letup tu lahh =.=
Nah, tengok gambar bawah ni kalau tak tau sangat. Heshh..
*




*




*

p/s; Hot tak aku? Hahaha :D


Thursday, December 30, 2010

Indo-cafe!

Memang cam haram lah orang indon skrg ni, hishh
Aku tgh lepak lepak, tetiba phone aku pun berbunyi, alah.. dia nak ckp ada inbox je pun
Tapi, phone tu ada kat member sorang ni sbb dia nak send something kat phone dia.
Aku suruh lah dia bacakan inbox tu.
Tiba tiba dia gelak kat aku, then dia tanya: "sejak bila mak kau pandai speaking indon pulak?"
Haha, aku ingatkan dia tanya saja saja. but, lepas dia pass phone kat aku. aku pun baca lah.
"Ni ibu lgi guna Hp polis Tlong isikan credit maxis RM30 ke nombor bru ibu 012xxxxxxx ibu lgi ada msalah kat balai police."
Setahu aku, aku tak panggil mak aku ibu. sakai je indon ni, nak jadi mak aku lah pulak =,=
Aku try lah reply kat dia "kalau nak topup, belajar bahasa melayu elok elok dulu"
Pastu, dia tak reply balik pun. dia busy buat karangan b.m kot agaknya?

So, kepada kat luar sana. janganlah percaya kat message yang bukan bukan ni.
Baik korang topup je kat aku, nanti malam kita text. haha :)

Wednesday, December 22, 2010

I am normal, just like you :) Part 2

Ni sambungan Part 1 lah kot aku rasa,

Emm, since aku memang takde junior pun.
So, tak payah lah gossip pasal PMR pun =.=
Tapi, ada sorang budak yang tengah tunggu result ni.
Adik adiknya gelar beliau 'kak itek', mungkin dia kuat gossip kot. haha :D
Dia hutang aku big mac satu.
Tak tau bila dia nak 'bayar' hutang dia balik.

Actually, takde apa apa pun yang nak dikongsikan kat sini.
Just, nak bagitau yang barang yang aku order haritu dah pun selamat sampai :)
Tersimpul senyum cik Ameng sambil menahan sakit ulcer kat belah pipi, ishh
Sekarang ni tunggu masa je nak pegi amik parcel tu sebab
takde masa nak pegi amik.
Kalau nak tau ape benda tu, tunggulah post akan datang.
Buat muka comel jap. huhu ;P

zzz.. (tukar channel jap)

Life after SPM. Its cool, huh?
Sukalah korang yang dah habis exam tu lagi lagi kau, Ain. heshh
Nak main masak masak, nak drive keta sampai kena saman,
nak main piano sumbang. Sume benda kau boleh buat sekarang.
Dan, aku hanya mampu bersabar dan tersenyum sekali lagi. Aduhh :(
Emm, lagi satu tahun je pun. haha :D
Sekarang, aku kenalah siapkan homework aku tu. Dah siap pun sebenarnya,
tinggal keje kira mengira je nih. Haishh, susah doh.

zzz.. (tukar channel tadi)

Berbalik semula kat parcel tu,
harap harap Allah kurniakan lah masa utk aku pegi amik.
and.. plus money, of course :)
Wish me, ahha ahha. Okay :D

Lepas ni dah takde Part 3 pulak tau.
Tajuk dan scene yang baru. haha :D
Cett, semalam aku kena kelentong dengan sorang mamat ni.
Dia cakap kat aku yang dia ada kat 'pulau bebas cukai',
dalam fikiran korang mesti ah Pulau Langkawi, betul tak? Alahh, mengaku jelah
Punya lah bersungguh sungguh dia nak belanja aku Toblerone
yang saiz dia bagak punya besau. haha, terkeluar plak sleng Melaka aku.
Aku pun layan je lah, balas okey je.
Esoknya, baru aku tau yang dia sebenarnya masih ada di KL.
Damn gila. Bersepai harapan aku nak makan chocolate free.
Ulang sekali lagi, CHOCOLATE FREE tu 8'O
Sape yang tidak mahu?

Lastly, okay bye. Nak sambung buat hw pulak.
Saya nak jadi orang berjaya nanti. haha ;D

p/s; Im playing ddtank rite now :)

Tuesday, December 14, 2010

I am normal, just like you :) Part 1

Yeah, holiday school special post.
and yesterday, i started doing my holiday homework which my teachers tapau for me, haha
tiba tiba lak ada kesedaran lepas boring online dan habis menonton Gossip Girl: The Townies.

First time nak buat, memang lah kecah sikit sebab dah tak biasa menulis manual sebab dah terbiasa taip pakai keyboard je..
Emm, sebenarnya takde apa apa pun yang menarik utk aku post kali ni, tapi who cares? ni blog aku kot.

Korang nak tau, aku dah connect balik dengan classmates aku time sekolah rendah dulu.
Rindu weh kat dorang, lagi lagi si mamat Destro tu. Aku penah ajar dia makan hacks sambil minum air sejuk. HAHA, time tak matang lagi.
Cuti ni pun kena curi curi masa nak lepak dengan budak sekolah lama.
Dah lah reunion tu aku tak pegi. cambangang =.=
Aku duduk rumah je dari start cuti sampai nak lintas jalan pun dah jadi takut. HAHA :D

Yang paling aku frust, terlepas DLE tahun ni :(
Sapa tau mana nak cari keyboard silicone yang berlampu tu, malam malam aku nak menaip pun kurang nampak. Kalau dulu pakai laptop ada lampu, skrg pakai desktop pulak. Aduh, masalah betul.

Tu jelah kot post kali ni, nak kuar jap ah.

To be continued..
dan dan sebelum tu,
to H, dont worrylah. Ive delete you already :)